Saturday, February 2, 2013

Tips Mudah Menguruskan Perut Buncit

Tips Mudah Menguruskan Perut Buncit dan menurunkan berat badan. Tahukah anda Malaysia merupakan salah satu Negara yang paling tertinggi di ASEAN dimana penduduknya mengalami masalah obesiti dan hampir 16.8 juta rakyat Malaysia mengalami masalah kegemukkan.


Adakah anda diantara golongan yang mengalami masalah berat badan? Jika YA, anda adalah salah seorang pembaca bertuah kerana disini ada beberapa tip mudah untuk anda kuruskan badan!
Sebelum saya meneruskan penulisan saya, ingin sayakan katakan, mungkin ada diantara anda yang mempertikaikan seperti “nak kurus mana ada cara mudah”, “ingat senang ke nak kurus?.

Ya, tiada cara mudah untuk kurus jika anda sentiasa setkan minda anda kearah negatif, cuba anda berfikiran lebih terbuka dan mula berfikir secara positif seperti “tak susah pun nak kurus”, “mudah je nak kurus”. Maka dengan cara ini ianya menjadi lebih mudah untuk anda kuruskan badan!

Perkara yang paling utama dan paling penting yang anda perlukan adalah SEMANGAT. Anda perlu mempunyai semangat atau azam untuk menguruskan badan. Jika anda tiada semangat untuk menguruskan badan maka susahlah untuk anda mencapai berat badan yang anda inginkan.




1. Setkan minda anda untuk menurunkan berat badan. Contohnya “saya ingin turunkan 5kg dalam masa 2 bulan” , “saya akan pastikan 3 bulan akan datang saya dapat memakai pakaian yang saya inginkan”.

2. Bercampur dengan kawan-kawan yang mempunyai azam menjaga berat badan atau yang menjaga bentuk badan. Secara tak lansung ianya mampu menambah azam anda untuk berusah menguruskan badan.

3. Anda perlu tahu jenis-jenis atau kategori makanan. Contohnya makanan bijiran, serat, berlemak dan berminyak. Jika anda sudah tahu tentang kategori-kategori makanan, maka ianya lebih mudah untuk anda menguruskan jadual pemakanan anda, dimana anda boleh menyediakan menu harian anda mengikut jumlah kalori yang anda perlukan sehari.

4. Pelbagaikan jenis makanan yang diambil. Anda boleh mempelbagaikan makanan harian anda supaya anda tidak jemu dan tidak bosan dalam proses menguruskan badan. Contohnya pembelbagaikan jenis masakan, jenis buah-buahan, dan lauk pauk.

5. Pastikan anda luangkan 30 minit sehari untuk bersenam. Jika anda terlalu sibuk dan tidak mempunyai masa untuk bersenam, anda boleh berjalan kaki di tempat kerja, atau menggunakan tangga daripada lif. Ianya memang kedengaran seperti susah untuk dilakukan, tetapi apabila anda telah dapat melihat dan merasai hasilnya anda naik tangga akan menjadi satu perkara biasa bagi anda.

6. Pastikan ada “cheat day”. Jika anda melakukan diet, tidak kiralah apa jenis diet sekalipun, pastikan setiap minggu atau dua minggu sekali ada “cheat day” untuk anda. Dimana pada hari ini, anda boleh makan apa yang anda inginkan, TETAPI awas! Walaupun ianya merupakan “cheat day” anda harus pantau jumlah makanan mahupun kalori yang diambil.

Ini sahaja tip mudah dari saya. Mungkin anda akan rasa leceh, tetapi belum cuba belum tahu. Cuba aplikasikan dahulu, anda perlu INGAT, untuk menguruskan badan anda perlu ada disiplin yang tinggi. Tiada jalan pantas jika anda ingin turunkan berat badan secara sihat.

Ada cara yang paling MUDAH dan SENANG untunk anda, terutamanya yang mempunyai wang yang banyak, iaitu pergi ke pusat pelangsingan badan atau menggunakan produk-produk menguruskan badan. Dimana ianya sekarang terlalu banyak terdapat di pasaran Malaysia.

Tetapi, adakah anda tahu kesan-kesan dari pengambilan dan penggunaan produk tersebut. Disini bukan saya ingin memburukkan produk-produk pelangsingan, tetapi saya sarankan kepada anda sebelum mengambil apa-apa produk, rujuklah dengan doktor atau orang yang lebih pakar, supaya ianya tidak mendatangkan kesan sampingan. 

Jika kurus tetapi mendapat penyakit, tidak ada gunanya. Harap anda semua mendapat faedah dari artikel ini.